Pages

Tuesday, October 25, 2011

Grilled Chicken with Whipped Potatoes


Untuk ayam tu Niza just guna Bestari Premix Black Pepper Seasoning tu je...not bad, sedap jugak..Niza marinate ayam tu malam n grill on the next day. Kalau nampak kat tepi ayam tu ada potato wedges tu Niza just rebus potatoes tu n tossed it with some garlic powder & parsley. Skrang Niza nak kongsi resipi whipped potatoes tu pulak:

Bahan-bahan
10 biji kentang size kecil - direbus
sedikit fresh milk
sedikit butter

untuk sos:
1 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung
2 ketul kiub ayam - Niza pakai Knorr
sedikit sos lada hitam
2 cawan air

Cara-cara
Kentang yg sudah dilenyek Niza gaul dgn sedikit butter dan fresh milk. Lepas tu Niza guna pencedok aiskrim dan letak dlm mangkuk.
Untuk sos, masukkan butter dlm periuk dan tumis bawang besar dan putih sampai wangi. Masukkan tepung jagung dan gaul sehingga tukar warna keperangan. Masukkan air, kiub ayam dan sos lada hitam. Masak sehingga pekat ikut citarasa masing2. Setelah sos sejuk kisar dgn blender sehingga semua bawang tadi hancur.

Selamat Mencuba!!!!

Monday, October 24, 2011

Tepung ayam yg paling besttt!!!


Belilah kawan2, dlm banyak2 tepung ayam inilah yg paling the best yg penah ditry...black pepper tu baru nak try, nntilah weekend ni ke...nyum,nyum

Saturday, October 22, 2011

Karipap


Siapa yg x suka karipap ye...mcm tu la hubby & Faiz...'hantu karipap'...hehehe...kdg2 bila beli yg frozen punye buat sakit hati je..dahla inti ciput, mahal lak tu...dulu2 Niza suka beli frozen karipap kat Petronas ataupun Ramly Halalmart mmg sedap...tiba2 je discontinue, dah x jumpa dah. So, today Niza buat frozen karipap sendiri. Resipi kulit dia Niza amik kat myresipi n inti dia x ingat pulak salin dari mana..apa2 pun resipi spt dibawah, enjoyyy:

Kulit
4 cawan tepung gandum
3/4 cawan minyak masak - panaskan
3/4 cawan air atau lebih
1 sk garam

Campurkan tepung dan minyak, gaul menggunakan garpu. Bila dah sejuk gaulkan dgn tangan. Masukkan air dan garam, uli hingga menjadi doh. Bulatkan doh kepada ketulan2 kecil lepas tu bolehlah dicanai doh nipis, size ikut suka masing2.

Inti
4 ulas bawang merah*
2 ulas bawang putih*

sehiris halia*
3 sudu besar serbuk kari
2 sudu besar cili giling
300g daging cincang
4 biji kentang dipotong kiub
1 biji bawang besar dipotong kiub
*ditumbuk

Tumiskan bahan2 yg ditumbuk sampai wangi, masukkan cili lepas tu serbuk kari. Bila dah pecah minyak masukkan daging dan kentang. Masukkan air sampai menutup daging dan kentang. Bila air dah kering sikit masukkan bawang, garam n gula secukup rasa.

Selamat Mencuba!!!



Tuesday, October 18, 2011

Red Velvet

Link
Sebenarnye Niza pakai resipi kek Red Velvet dari myresipi, tapi disebabkan kek ni leceh nak bawak mana2 Niza changed to cupcakes. Sapa2 nak try, resipinye begini ye, enjoy!!

Bahan-bahan ( 1 biji )
  • Kek (Sila guna penyukat khas)
  • 2 1/2 cup tepung kek (1 cup tepung kek = 2 sudu kecil cornstarch dlm 1 measuring cup n isikan selebihnya dgn all purpose flour. ayak 3 kali.)
  • 1 sudu kecil serbuk penaik diayak
  • 2 sudu besar serbuk koko tanpa pemanis (biasanya guna van houten)
  • 2 oz pewarna merah (kalau xtau sukat dlm oz, campurkan dengan serbuk koko sampai boleh jadi pes pun cukup)
  • 1/2 cup butter
  • 1 1/2 cup gula
  • 2 biji telur pada suhu bilik
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 1 cup buttermilk pada suhu bilik. kalau xdpt beli kat kedai, resipinye ade di bawah
  • 1 sudu kecil cuka putih
  • 1 sudu kecil sodium bikarbonat/baking soda

  • Buttermilk
  • 1 cup (240 ml) susu kotak full cream
  • sama ada 1 3/4 sbesar cream of tartar atau 1 sbesar cuka putih atau 1 sbesar jus lemon

  • Cream cheese frosting
  • 2 buku cream cheese, dilembutkan
  • 1/2 cup butter dilembutkan
  • 1 sudu kecil ekstrak vanila/ 2 sudu kecil esen vanila
  • 2 cup gila icing, diayak. kalau xsuke manis boleh kurangkan gula tp saya guna 2 1/2 cup

Cara-cara

  1. BUTTERMILK: campurkan tartar atau cuka atau jus lemon pada susu dan biarkan selama 15 minit. Kacau rata sebelum guna. Ataupun campurkan 3/4 cup plain yoghurt bersama 1/4 cup susu pun boleh jugak. Ikut mane yang sesuai.
  2. KEK: sapukan butter pada 2 loyang bulat bersaiz 9 inci ataupun 3 loyang bulat bersaiz 8 inci. Panaskan oven pada suhu 170 darjah celsius.
  3. Ayakkan bersama tepung kek dan serbuk penaik di dalam satu bekas sederhana. Di dalam satu bekas kecil, gaulkan serbuk koko dengan pewarna merah sehingga menjadi pes yang tidak berketul.
  4. Dalam satu bekas besar, pukul butter dengan gula sehingga kembang. Masukkan telur satu per satu, kemudian masukan esen vanila dan pes koko merah tadi. Ratakan campuran dengan spatula sambil memukul.
  5. Perlahankan mixer, masukkan 1/3 daripada tepung dan pukul rata, kemudian masukkan 1/2 daripada buttermilk, pukul rata lagi. Masukkan 1/3 lagi tepung,pukul dan semua buttermilk,pukul dan kemudian kesemua tepung yang tinggal.
  6. Campurkan cuka dengan baking soda dalam satu bekas kecil. Nanti die berbuih. Cepat2 campurkan dalam adunan kek dan gaul kemudian masukkan dalam loyang dan bakar.
  7. Bakar pada suhu 170 darjah celsius selama 25-30 minit. Kek ni moist, so kene cek awal. Bile cucuk dengan lidi je dah bersih, keluarkan dari oven.
  8. Sejukkan kek selama 10 minit sebelum keluarkan dari loyang. Pastikan kek dah betul2 sejuk sebelum letak frosting.
  9. CREAM CHEESE FROSTING: Pukul butter dengan cream cheese sampai halus, perlahankan mixer dan tambahkan gula icing dan esen vanila.
  10. Untuk letak frosting, terbalikkan kek pertama supaya bahagian kek yang rata di atas, sapu frosting di bahagian rata kek,lagi tebal lagi sedap. kemudian letakkan kek yang kedua atas kek tadi, bahagian yang rata menghadap bawah. kemudian sapu frosting di seluruh kek.
  11. Kek ni sedap kalau dah masuk dalam peti sejuk lepas tu keluarkan sekejap bagi die xkeras, baru makan.